Search This Blog

Saturday, November 14, 2015

Anak dibunuh ketika ibu pergi kelab malam


13 NOVEMBER 2015
Anak dibunuh ketika ibu pergi kelab malam

Anak dibunuh ketika ibu pergi kelab malam Katerra Lewis

ALABAMA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang bayi berumur setahun dibunuh selepas ditinggalkan ibunya yang pergi ke kelab malam.‎

Menurut laporan CNN, Kelci Lewis dibunuh oleh seorang kanak-kanak berumur 8 tahun kerana 'tidak berhenti menangis'.

"Siasatan mendapati kanak-kanak tersebut menjadi menyampah selepas bayi berkenaan tidak berhenti menangis," kata leftenan Sean Edward dari Balai Polis Birmingham.

Menurut polis, kanak-kanak tersebut merupakan anak kepada rakan serumah ibu mangsa, Katerra Lewis, 26.

Katerra keluar bersama rakan serumahnya pada jam 11 malam dan 'menugaskan' anak rakannya untuk menjaga bayinya.

Kes tersebut dianggap sebagai pembunuhan dan Katerra bakal didakwa atas kesalahan membunuh.

Sementara itu, pendakwaraya tidak pasti sama ada ibu kanak-kanak berkenaan akan didakwa atau tidak.

"Yang paling menyedihkan adalah Katerra berani meninggalkan bayinya yang berusia setahun di bawah jagaan kanak-kanak," kata pendakwa raya, Mary Russell.

Alabama pula tidak membenarkan kanak-kanak berumur kurang dari 14 tahun dibicarakan.

"Ini adalah hukuman kepada Katerra kerana memilih kelab malam dan tidak menjaga bayinya," tegas Edward.

No comments:

Post a Comment