Search This Blog

Monday, November 30, 2015

Aedes mampu rosakkan janin


AEDES dikesan turut membawa virus zika.


BRASILIA – Kementerian Kesihatan Brazil kelmarin mengesahkan bahawa sejenis kecacatan otak yang menyerang bayi dalam kandungan adalah disebabkan oleh virus bawaan nyamuk Aedes, zika.
Kaitan antara zika dengan kecacatan pada bayi itu tidak pernah dibuat sebelum ini. Virus itu dikenal pasti sebagai penyakit baharu yang telah ada kira-kira 50 tahun dahulu.
Zika didakwa pernah merebak dan menyerang beberapa kawasan di Afrika, Amerika Selatan, Asia Tenggara termasuk Malaysia dan sebilangan pulau di Kepulauan Pasifik sebelum ini namun ketika itu ia tidak diketahui.
Jangkitan kuman itu antara lain boleh menyebabkan simptom seperti demam, sakit kepala, mengalami ruam pada kulit, sakit sendi dan mata menjadi kemerah-merahan.
“Analisis awal menunjukkan virus zika itu boleh disebarkan kepada janin dan janin paling berisiko diserang zika ialah ketika tempoh kehamilan tiga bulan pertama," kata Kementerian Kesihatan Brazil dalam satu kenyataan di sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3svCt1k8s 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment