Search This Blog

Wednesday, November 11, 2015

50 terbunuh dalam pertempuran di Yaman


Kaherah: Lebih 50 orang terbunuh dalam pertempuran di Yaman sejak dua hari lalu, menurut sumber perubatan dan penduduk.

Di Taiz, sumber perubatan berkata, 29 orang mati, termasuk lapan orang awam dalam pertempuran untuk menguasai bandar raya ketiga terbesar negara itu.


Petugas bantuan berkata, pertempuran yang berlaku sejak beberapa hari lalu menyebabkan bekalan makanan tidak dapat disalurkan kepada penduduk, memaksa ribuan orang kelaparan.

Pertempuran dii Damt, daerah di wilayah Dhalea di selatan negara itu pula mengorbankan 30 orang.

Sekurang-kurangnya 5,600 orang terbunuh dalam perang yang meletus sejak Mac lalu.

Konflik itu membabitkan pemberontak Houthi dan unit tentera yang setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh dengan kumpulan bersenjata yang menyokong Presiden Abed
Rabbo Mansour Hadi yang mendapat bantuan pakatan Arab.

Dalam pada itu, beberapa penduduk berkata, Houthi dan sekutunya menguasai daerah Damt dan sebahagian daerah Qabbayta selepas pejuang anti-Houthi berundur dari kedudukan mereka.

Segala usaha untuk mengakhiri sengketa bersenjata di Yaman gagal sebelum ia dapat dilaksanakan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 November 2015 @ 6:50 AM

SEKUMPULAN aktivis memainkan peranan sebagai mangsa serangan udara, baring di atas tanah dengan darah palsu pada pakaian mereka ketika menunjuk perasaan membantah serangan udara pakatan Arab
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/91808#sthash.tVpMBEZW.dpuf

No comments:

Post a Comment