WARTAWAN SINAR HARIAN
Mansor Ismail Mansor Ismail
KOTA BHARU - Seorang warga emas maut selepas dirempuh sebuah motosikal dalam kejadian berhampiran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa Mansor Ismail, 64, dilanggar motosikal yang dinaiki seorang lelaki berusia 58 tahun dari arah Sabak Ke Kota Bharu yang dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, penunggang motosikal terbabit turut cedera dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Manakala mayat mangsa, dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat.
No comments:
Post a Comment