Search This Blog

Monday, October 26, 2015

Tunjuk perasaan bantah kekejaman polis AS


Tunjuk perasaan bantah kekejaman polis AS

26 OKTOBER 2015
Tunjuk perasaan bantah kekejaman polis AS Penunjuk perasaan berarak di sekitar bandar bagi menentang kekejaman polis terhadap orang kulit hitam. Foto oleh AFP

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Ratusan penunjuk perasaan mengadakan perhimpunan di New York bagi membantah kekejaman polis terhadap rakyat Amerika Syarikat (AS), khususnya masyarakat kulit hitam.

Kelmarin, peserta berarak melalui jalan di sekitar bandar New York sempena acara RiseUpOctober yang bermula sejak Khamis lalu.

Bantahan turut disertai pemenang Anugerah Academy iaitu pengarah filem Quentin Tarantino dan ahli akademik Cornel West, yang sama-sama berhimpun di Washington Square Park, Manhattan, sebelum berarak sejauh kira-kira 3 kilometer.

Perhimpunan dianjurkan Carl Dix dari Parti Revolusi Komunis dengan bantuan daripada Stop Mass Incarceration Network itu bertujuan mengadakan tentangan besar-besaran terhadap penindasan.

Difahamkan, sebuah gerakan Black Lives Matter telah diwujudkan dan perdebatan mengenai keganasan polis mula dibangkitkan susulan tindakan pihak berkuasa membunuh beberapa lelaki kulit hitam termasuk Michael Brown, dan Eric Garner. - Press 

No comments:

Post a Comment