Kompas.com melaporkan, kesemua mereka yang ditahan berusia dalam lingkungan usia 15 hingga 28 tahun diberkas pihak polis ketika dalam keadaan mabuk di Bukit Pantai Pulo Datok.
Ketua Polis Sukadana, Hoeruddin berkata, lokasi remaja berkenaan ditahan merupakan kawasan yang sering dijadikan sebagai tempat penduduk tempatan minum minuman keras.
“Kami menyamar sebagai orang biasa bagi memudahkan usaha menghampiri mereka. Ketika berada di tempat kejadian, kesemua remaja terbabit sudah mabuk dan tidak sedarkan diri.
“Kesemua berada diberkas merupakan orang Islam dan kami mengambil pendirian untuk membebaskan mereka jika mampu melaungkan azan dan bersolat,” jelas Hoeruddin.
Kata Hoeruddin lagi, mereka semua mampu melakukan apa yang diarahkan dan hanya akan dibebaskan selepas ibu bapa suspek datang mengambil mereka di balai polis.