Search This Blog

Sunday, October 18, 2015

Tiga maut babitkan 6 kenderaan


NOOR'AINON MOHAMED YUSOF
Tiga maut babitkan 6 kenderaan

17 OKTOBER 2015
Tiga maut babitkan 6 kenderaan Polis masih menjalankan siasatan dalam nahas yang menyebabkan tiga mangsa maut di Simpang Pulai.

SIMPANG PULAI - Tiga individu maut dalam nahas membabitkan enam kenderaan termasuk sebuah kereta polis di Kilometer 283, Lebuh Raya Utara- Selatan arah Kuala Lumpur di sini, pagi tadi.

Menurut Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai berkata, sebuah jentera yang diketuai Abd Manap Hashim dikejarkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada jam 9.46 pagi.

"Nahas berlaku membabitkan sebuah motosikal berkuasa tinggi, empat kereta termasuk sebuah kereta polis dan sebuah lori.

"Kemalangan itu melibatkan tujuh mangsa dan tiga daripadanya disahkan maut di tempat kejadian," katanya.

Katanya, empat mangsa lain mendapat kecederaan dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Sehingga kini, operasi masih dijalankan dan semua lorong menghala ke Selatan ditutup.

Pihak Plus akan membuka satu lorong di laluan bertentangan bagi memastikan aliran trafik lancar dan pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk menggunakan Jalan Persekutuan sebagai jalan alternatif.

No comments:

Post a Comment