Menurut portal Mail Online, pasukan bomba terpaksa meleraikan bahagian dalam mesin basuh tersebut semata-mata untuk menarik keluar kanak-kanak itu.
Sebelum itu, mangsa dikatakan memanjat ke dalam mesin basuh tersebut kerana menganggap objek berkenaan sebagai mainan yang menyeronokkan.
Ibu bapanya panik selepas menyedari anak mereka ‘hilang’ daripada pandangan, sebelum menemukan kanak-kanak malang itu tersepit di dalam mesin ba­suh, lalu bertindak menghubungi perkhidmatan kecemasan untuk mendapatkan bantuan.
Julai tahun lalu, perkara sama turut berlaku kepada seorang kanak-kanak berusia tiga tahun bernama Peng sehingga memaksa pasukan bomba menggunakan alat pemotong hidraulik untuk menyelamatkannya di bandar Suzhow, wilayah Anhui.
Dalam kejadian itu, ibu bapa kanak-kanak tersebut berusaha hampir 30 minit untuk mengeluarkan anak mereka yang tersepit di dalam mesin basuh sebelum berputus asa dan meminta bantuan pihak bomba.