Search This Blog

Monday, October 26, 2015

Suspek bunuh pelajar ditahan direman 7 hari


WARTAWAN SINAR HARIAN
Polis tahan suspek kes pelajar maut dikelar

26 OKTOBER 2015
Polis tahan suspek kes pelajar maut dikelar

BAYAN LEPAS - Seorang lelaki berusia 20-an ditahan reman selama 7 hari bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dia sebelum ini ditahan awal pagi tadi selepas dipercayai terbabit dalam kes bunuh pelajar perempuan tingkatan lima di rumah mangsa di Flat Bandar Baru Teluk Kumbar, malam tadi.

Suspek berusia 20 tahun ditahan di kawasan Bayan Lepas dan polis turut menemui pisau yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa.

No comments:

Post a Comment