Search This Blog

Thursday, October 15, 2015

Satu sangkut, 3 lari


Oleh Omar Osman

am@hmetro.com.my
Sungai Petani: Tindakan empat lelaki ingin memecah masuk sebuah kedai telefon bimbit di Taman Sri Wang, di sini, kelmarin mengundang padah apabila seorang berjaya dicekup, manakala tiga rakannya berjaya melarikan diri.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 pagi itu, anggota unit peronda polis (MPV) yang sedang menjalankan rondaan, terserempak dengan sebuah kereta Proton Pesona dinaiki empat lelaki dalam keadaan mencurigakan di kawasan terbabit.
Menurut sumber, anggota polis kemudian menghampiri kereta itu menyebabkan suspek yang panik memecut menuju Jalan Hospital Metro.
“Anggota polis kemudian memaklumkan kepada balai polis sebelum beberapa kenderaan MPV polis dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) mengejar suspek.
“Polis mengejar suspek kira-kira setengah jam sehingga ke Jalan Kuala Ketil sebelum mereka berhenti mengejut berhampiran Taman Songket Indah dan terus melarikan diri ke dalam hutan,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Oktober 2015 @ 7:44 AM
KENDERAAN yang digunakan suspek. Gambar kecil, salah seorang anggota geng samun yang ditahan.

No comments:

Post a Comment