Search This Blog

Thursday, October 15, 2015

Punca kematian kerana tersedak makanan

Muhammad Firdaus
Jenazah Allahyarham Firdaus dibawa ke Masjid Negeri untuk disembahyangkan.
SEREMBAN - Keputusan bedah siasat mendapati punca kematian remaja kurang upaya (OKU), Allahyarham Muhammad Firdaus Dullah, 16, disebabkan tersedak makanan apabila diserang sawan.

Muhammad Firdaus tidak sedarkan diri disebabkan saluran pernafasan tersumbat ketika makan tengah hari.

Jenazah Muhammad Firdaus akan disolatkan di Masjis Negeri selepas solat Zohor sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Haji Mohd Said.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Remaja OKU, Muhammad Firdaus meninggal dunia ]

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)-Datuk Zulkefli Ramli berkata, pihaknya mendapat kebenaran ibu remaja kurang upaya itu, Lolanopita Sadi, 41 untuk menguruskan jenazah anaknya.

Tambahnya lagi, bermula malam tadi majlis tahlil telah diadakan di Rumah Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah.

No comments:

Post a Comment