Search This Blog

Thursday, October 15, 2015

Presiden Maldives pecat menteri lalai


Presiden Maldives pecat menteri lalai

14 OKTOBER 2015
Presiden Maldives pecat menteri lalai

COLOMBO – SRI LANKA . Presiden Maldives, Abdulla Yameen memecat Menteri Pertahanannya selepas didakwa lalai dalam aspek keselamatan menjurus kepada cubaan membunuh pemimpin itu, lapor AFP.

Menurut Jurucakap Presiden, Ibrahim Muaz Ali, pemecatan Menteri Pertahanan, Moosa Ali Jaleel dibuat dalam satu posting di Twitter bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut. Kerajaan juga belum mengumumkan penggantinya.

"Presiden memecat Menteri Pertahanan, Moosa Ali Jaleel," kata jurucakap itu dalam bahasa Dhivehi.

“Ia susulan rombakan pegawai kanan keselamatan berikutan insiden letupan di atas bot Yameen ketika beliau berlabuh di Male pada 28 September lalu,” katanya.

Yameen dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi isteri beliau dan dua yang lain cedera ringan.

Insiden itu dipercayai satu cubaan untuk membunuh presiden.

Pihak berkuasa Maldives mengesahkan sudah menahan dua anggota keselamatan yang mempunyai akses kepada bot Yameen tetapi belum mendedahkan punca letupan.

No comments:

Post a Comment