Search This Blog

Monday, October 26, 2015

Polis tahan suspek kes pelajar maut dikelar


MOHD ISKANDAR OTHMAN
Polis tahan suspek kes pelajar maut dikelar

26 OKTOBER 2015
Polis tahan suspek kes pelajar maut dikelar

BAYAN LEPAS - Suspek kes bunuh pelajar perempuan tingkatan lima di rumah mangsa di Flat Bandar Baru Teluk Kumbar, malam tadi berjaya ditahan pihak polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintenden Siti Nor Salawati Saad berkata, lelaki yang berusia lingkungan 20-an itu ditahan di kawasan Teluk Kumbar bagi membantu siasatan.

"Polis turut menemui senjata yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa di kawasan Bayan Lepas selain telefon bimbit mangsa pada lelaki yang ditahan.

"Kita masih lagi menyiasat motif kejadian dan kes akan disiasat mmengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.

Terdahulu, mayat Intan Suraya Mawardi,17 ditemui oleh bapanya dalam keadaan berlumuran darah di atas katil di dalam biliknya kira-kira jam 7.30 malam semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Temui anak dengan kesan kelar di leher]

‎Turut dijumpai telefon bimbit mangsa dan suspek dipercayai menceroboh bilik mangsa ketika dia tinggal seorang di rumah.

Suspek dijangka direman pagi ini di Mahkamah Majistret Balik Pulau bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

No comments:

Post a Comment