penerbangan dari Masamba ke Makassar dilaporkan terputus hubungan di kawasan Masamba,
Sulawesi Selatan beberapa minit selepas berlepas.
Menurut laporan media tempatan, pesawat ringan yang dinaiki 10 orang itu berlepas kira-kira pukul
1.39 petang waktu Indonesia Barat (WIB) dari Lapangan Terbang Andi Djemma, Masamba dan
dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanddin, Makasar kira-kira pukul 2.39
petang.
Pesawat yang membawa tujuh penumpang dan tiga anak kapal yang dikendalikan oleh juruterbang,
Kapten Iri Afriadi ini dikatakan membuat perhubungan terakhir dengan menara kawalan 11 minit
setelah berlepas ketika berada di ruang udara Palopo.
Ketua Pusat Penerangan dan Komunikasi Kementerian Perhubungan, JA Barata memberitahu,
pesawat tersebut sepatutnya mendarat pada pukul 2.39 petang, tetapi sehingga pukul 6 petang, ia
gagal berbuat demikian.
Sehingga pukul 10 malam WIB, belum ada laporan terkini mengenai kedudukan tepat pesawat
tersebut ketika terputus hubungan. - UTUSAN ONLINE