Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi itu, kedua-dua mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Difahamkan, kesemua suspek yang menutup muka menggunakan kain datang ke stor yang didiami mangsa dengan menaiki sebuah lori.
Menurut sumber, suspek dipercayai terdiri daripada lelaki warga tempatan dan warga asing itu kemudiannya melarikan kira-kira 300 gulung kabel yang dianggarkan bernilai RM50,000.
“Mangsa menghubungi majikan dan memaklumkan perkara terbabit sebelum membuat laporan di balai polis berdekatan,” katanya.
Menurutnya, polis sedang mengenal pasti kesemua suspek terlibat dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.