Search This Blog

Monday, October 26, 2015

Pengawal direman bantu siasatan kes bunuh pelajar

SEORANG pengawal keselamatan direman tujuh hari mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes bunuh seorang pelajar perempuan di Bandar Baru Teluk Kumbar, malam tadi. - Foto Rudy Syareme Sheriffudin
ISNIN, 26 OKTOBER 2015 @ 11:19 AM
Oleh Siti Sofia Md Nasir

BALIK PULAU: Mahkamah Majistret di sini mengarahkan seorang pengawal keselamatan direman tujuh hari mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes bunuh seorang pelajar perempuan di Bandar Baru Teluk Kumbar, malam tadi.
Pengawal berumur 20an dan bertugas di sebuah sekolah di Bayan Lepas itu, dipercayai menjadi suspek utama kes pembunuhan berkenaan.
Majistret Muhammad Najib Ismail membenarkan permohonan pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut menahan suspek yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian jam 7.30 malam tadi, seorang pelajar perempuan berumur 17 tahun ditemui mati oleh bapanya di kediaman mereka di Bandar Baru Teluk Kumbar, dengan kesan kelar di leher.
Suspek yang juga kenalan mangsa ditahan polis beberapa jam kemudian bersama pisau yang dipercayai digunakan untuk dalam kes itu.

No comments:

Post a Comment