Search This Blog

Thursday, October 15, 2015

Parit keliling rumah


Wuhan: Selepas gagal memujuk seorang petani dan isterinya meninggalkan kediaman mereka, pemaju menggunakan jengkaut untuk menggali parit seluas satu meter dan dalam 1.5 meter di sekeling mereka.

Yin Yiangju, 52, dan suaminya Xiao Ming berkata, mereka menetap di rumah itu sejak 30 tahun lalu dan enggan berpindah kerana pampasan yang ditawarkan syarikat pemaju terlalu rendah, tidak setimpal dengan nilai rumah berkenaan.

Parit yang digali itu terlalu dalam hingga menyukarkan pasangan tua itu meninggalkan kediaman mereka.

Dengan bantuan kerajaan tempatan, pemaju merobohkan 545 rumah di kawasan itu, kecuali empat lagi. Keempat-empat keluarga berkenaan berkata, mereka enggan berpindah kerana jumlah pampasan yang ditawarkan terlalu kecil. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Oktober 2015 @ 8:29 AM

PARIT seluas semeter digali di keliling rumah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/85302#sthash.sFMqPNiT.dpuf

No comments:

Post a Comment