Search This Blog

Thursday, October 15, 2015

Parah ditetak lima lelaki mabuk


Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
Kuala Lumpur: Lelaki parah ditetak lima suspek selepas mangsa dikatakan menegur kumpulan lelaki berkenaan yang berada dalam keadaan mabuk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, Jinjang, di sini, tengah malam semalam.
Dalam kejadian 12 tengah malam itu, mangsa berusia 23 tahun dikatakan menegur kumpulan suspek yang turut membuat bising di blok perumahan di kawasan kejadian sebelum mangsa dipukul dan ditetak.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, ekoran kejadian itu mangsa cedera di kepala, tangan dan kaki selepas menerima lapan tetakan.
"Keterangan awal diberikan mangsa memberitahu dia mengenali dua lelaki yang terbabit dalam kejadian serangan itu manakala tiga lagi suspek tidak dikenalinya," katanya dalam satu kenyataan media.
Menurutnya, polis kini sedang mengesan dua lelaki dikenali sebagai Gani dan Aravin bagi membantu siasatan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Oktober 2015 @ 3:10 PM
« »
LOKASI kejadian. FOTO ihsan pembaca

No comments:

Post a Comment