Search This Blog

Sunday, October 11, 2015

Noreen mengigau tiap malam, air mata menitis

Noreen mengigau tiap malam, air mata menitis

Noreen Yaacob menerima kunjungan Ketua Puteri Umno Kelantan, Marzuani Ardila Ariffin (dua dari kanan) dan Ketua Pemuda Umno Kelantan, Mohamad Azam Ismail (tiga dari kanan) ketika menjalani rawatan pemulihan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ), hari ini. - Foto Sinar Harian oleh JAZALY AMRY JAAFAR

KOTA BHARU - Tiga hari selepas dikeluarkan dari hutan, Noreen Yaacob, 11, yang terselamat setelah 48 hari berada di dalam hutan masih trauma dan sesekali memorinya kembali kepada kisah di belantara itu yang meragut nyawa beberapa rakannya.
 
Ketika ini, setiap malam Noreen bermimpi melihat rakannya Juvina dan Ika yang mati di depan mata dengan cebisan daging mereka mereput dan melekat di celah-celah kayu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Dua kanak-kanak kekurangan zat yang serius]
 
Dia tidak dapat melelapkan mata sepanjang 48 hari tinggal di dalam hutan ekoran dikelilingi mayat rakan-rakannya di samping terpaksa menghidu bau busuk, cerita Noreen kepada ibunya, Midah Angah,40.
 
Menurut Midah lagi, Noreen masih mengigau ketika tidur malam dan air matanya menitis di pipi mungkin teringatkan rakannya yang mati di depannya
 
"Noreen takut‎ untuk menghadapi situasi ini kerana seorang demi seorang mati dan hanya dia dan Miksudiar yang masih bertahan. Sukar untuk menerima kenyataan mereka mati depan mati saya termasuk adik, Haikal yang turut dihanyutkan arus," katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), hari ini.

No comments:

Post a Comment