Search This Blog

Thursday, October 15, 2015

Netanyahu sabotaj misi diplomat Barat


Netanyahu sabotaj misi diplomat Barat

15 OKTOBER 2015
Netanyahu sabotaj misi diplomat Barat Beberapa lelaki Palestin membawa seorang pemuda yang cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel di Erez. - Foto EPA

TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bertindak mensabotaj misi delegasi diplomat kuartet Timur Tengah yang dijangka tiba pada minggu ini bagi mengadakan rundingan untuk meredakan ketegangan yang semakin memuncak di wilayah terbabit.

Ahad lalu, diplomat Barat mendedahkan Tel Aviv didakwa cuba berdolak-dalik dengan menyatakan kononnya ia bukan masa yang sesuai untuk berunding mengenai hal diplomatik.

Difahamkan, pemimpin tersebut turut meminta Kuartet Timur Tengah terdiri daripada Amerika Syarikat, PBB, Kesatuan Eropah dan Rusia supaya membatalkan lawatan mereka yang bertujuan mengadakan rundingan bersama Tel Aviv serta Palestin.

Dalam satu kenyataan lain, Menteri Luar Palestin, Riad al-Maliki mendakwa Israel sengaja mencetuskan keganasan di Baitulmaqdis Timur, Tebing Barat dan Genting Gaza kerana mahu mengalihkan perhatian masyarakat antarabangsa dari kegagalan diplomatik yang berpunca daripada mereka.

“Netanyahu seakan mahu menghasut Intifada Ketiga kerana mahu melarikan diri daripada masalah politik yang gagal ditangani oleh beliau,” katanya. - Press TV

No comments:

Post a Comment