Search This Blog

Monday, October 26, 2015

Misi kikis wang tak jadi!

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

ekhwan@hmetro.com.my


Shah Alam: Tempoh malam minggu sekumpulan pelayan pelanggan (GRO) untuk ‘mengikis’ wang lelaki hidung belang berakhir apabila premis hiburan tempat mereka bekerja diserbu polis, awal pagi semalam.

Serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sebuah premis hiburan di Seksyen U5, di sini, berjaya menahan 15 GRO warga asing.

GRO dari Vietnam dan Indonesia berusia 20-an sibuk melayan pelanggan dan tidak sempat melarikan diri selepas premis itu dikepung pihak berkuasa.

Sumber berkata, selain melayan pelanggan dengan bayaran tertentu, GRO terbabit dipercayai turut menawarkan khidmat seks memandangkan penemuan kondom ketika serbuan dilakukan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 8:29 AM

ANTARA GRO warga asing yang ditahan dalam serbuan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/88218#sthash.ZpvdAwdz.dpuf

No comments:

Post a Comment