Search This Blog

Thursday, October 15, 2015

Maut tersepit kereta langgar lori

Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

am@hmetro.com.my


Bagan Serai: Wanita maut tersepit apabila kenderaan yang dipandu bertembung dengan lori di Jalan Besar Sungai Bogak di sini, 6.50 pagi tadi.

Mangsa berusia 22 tahun dalam perjalanan dari arah Bagan Serai menghala Parit Buntar disahkan maut di tempat kejadian oleh pasukan paramedik akibat kecederaan dialami.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, mangsa yang memandu kereta dikatakan hilang kawalan sebelum bertembung dengan lori terbabit.

"Berikutan kejadian itu mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu dikeluarkan oleh anggota bomba bertugas.

"Mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Oktober 2015 @ 10:15 AM

KENDERAAN yang terbabit kemalangan. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/85352#sthash.nbwdhdlj.dpuf

No comments:

Post a Comment