Search This Blog

Monday, October 26, 2015

Maut ditikam gara-gara selipar




Oleh S Anand Kumar

JOHOR BAHRU: Seorang buruh warga Indonesia maut selepas ditikam di pinggang kanan, di sebuah kawasan setinggan di Jalan Kebun Teh Lama di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 malam itu, mangsa Sahral Asmara, 56, disahkan meninggal dunia akibat parah ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, berkata mangsa ditikam menggunakan senjata tajam disyaki pisau kecil.
Katanya, siasatan awal polis mendapati kejadian itu mungkin berpunca daripada tindakan mangsa menegur suspek berusia 42 tahun kerana memakai selipar miliknya dan memijak najis anjing.
"Suspek kemudian masuk ke dalam rumah dan terus menikam mangsa sebelum melarikan diri, " katanya.

No comments:

Post a Comment