Search This Blog

Thursday, October 15, 2015

Mati tergantung


Oleh Nabihah Kamal

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Lelaki berusia 27 tahun ditemui mati tergantung dalam bilik di rumah ibunya di Taman Pusat Kepong, di sini, 2.10 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, pihaknya menerima panggilan sebelum ke tempat kejadian.
"Lelaki itu sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak. Dia datang ke rumah ibunya pada 8.30 pagi tadi.
"Ibu saudaranya yang berada di rumah menemui mangsa mati tergantung di kipas siling dalam keadaan leher terjerut kabel elektrik," katanya.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk tindakan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Oktober 2015 @ 9:10 PM
Lelaki berusia 27 tahun yang ditemui mati tergantung dalam bilik di rumah ibunya di Taman Pusat Kepong, 2.10 petang tadi.

No comments:

Post a Comment