Search This Blog

Monday, October 26, 2015

Kelindan maut selepas lori terbabas, langgar pokok


WARTAWAN SINAR HARIAN
Kemalangan

25 OKTOBER 2015
Kemalangan

JOHOR BAHRU - Seorang kelindan lori maut manakala pemandunya cedera parah selepas kenderaan terbabit terbabas dan melanggar sebatang pokok di Km78.4 Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran Yong Peng, dekat Batu Pahat, hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad berkata kejadian berlaku kira-kira 6.15 pagi ketika kelindan terbabit, Mohd Nazri Mohd Sani dan pemandu lori, Muhamad Hairul Amree Mohamad, kedua-duanya berumur 23 tahun, dalam perjalanan dari Pontian menuju ke Kuala Lumpur.

"Dipercayai Muhamad Hairul Amree gagal mengawal lori tiga tan itu apabila tiba di lokasi berkenaan dan kemudiannya melanggar pokok di tepi jalan," katanya ketika dihubungi di sini.

Din berkata akibat kemalangan itu, Mohd Nazri yang duduk di kerusi penumpang meninggal dunia di tempat kejadian manakala Muhamad Hairul Amree cedera parah di bahagian kepala.

Beliau berkata kedua-dua mangsa yang berasal dari Pontian, dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk bedah siasat dan rawatan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.  - Bernama

No comments:

Post a Comment