HAMZAH ALIAS
Dalam kejadian 2.15 petang itu, dua beranak tersebut yang sedang bersiap sebelum keluar rumah didatangi tiga suspek memakai penutup mulut.
Ketua Polis daerah, Superintenden Hamzah Alias berkata, ketika kejadian pagar dan pintu utama rumah dalam keadaan terbuka kerana kedua-duanya ingin keluar.
“Suspek arahkan kedua-dua mangsa diam dan mengikat tangan mereka menggunakan wayar yang dibawa oleh seorang suspek lain di dalam beg raket.
“Seorang suspek lagi bertindak mengawal kedua-dua mangsa di bahagian ruang tamu manakala dua lagi rakannya menggeledah rumah,” katanya kepada pemberita di sini.
Menurut Hamzah, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rumah jiran mangsa mendapati terdapat empat orang suspek dan seorang daripadanya me­nunggu di dalam kenderaan jenis Honda CRV.
“Hasil siasatan mendapati mangsa mengalami kerugian kira-kira RM17,000. Antara yang dilarikan ialah wang tunai RM8,000, mata wang Singapura bernilai S$200 (RM616), barang kemas bernilai RM3,000 serta beg tangan jenama Louis Vuitton,” katanya.
Tambah Hamzah, kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya ke Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) di talian 06–4582222.