Search This Blog

Monday, October 26, 2015

Jokowi dituduh langgar hak asasi manusia


Jakarta: Bekas gabenor Riau Wan Abubakar semalam menuduh Presiden Joko Widodo (Jokowi) tidak serius dalam usaha menangani jerebu yang melanda wilayah itu sejak dua bulan lalu.

Dia juga menganggap Jokowi sudah melanggar hak asasi manusia dengan membiarkan masalah itu berlarutan sehingga menjejaskan kesihatan penduduk dan mengganggu kehidupan seharian mereka.


“Jokowi melanggar hak asasi manusia masyarakat di Riau dan korban jerebu lain. Dia sepatutnya bersikap lebih bertanggungjawab untuk memulihkan keadaan supaya penduduk di sini dapat kembali hidup seperti sebelumnya, menghirup udara bersih,” kata Wan Abubakar kepada wartawan di Jakarta.

Menurutnya, keadaan jerebu akibat pembakaran hutan di Sumatera Selatan sudah melampaui batas.

“Tetapi Jokowi dan orangnya tidak serius dalam menangani masalah ini. Mereka tidak bersiap sedia dalam berdepan dengan fenomena El Nino,” kata Wan Abubakar.

Dia turut menyelar Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Siti Nurbaya yang disifatkannya sebagai gagal menjalankan tugasnya.

“Dia (Siti Nurbaya) juga perlu bertanggungjawab. Sudah terlalu lama kebakaran berlaku tetapi dia masih tidak dapat mencari jalan penyelesaian. Dia sepatutnya meletak jawatan jika tidak tahu hendak mengatasi masalah,” kata Wan Abubakar.

Dalam pada itu, Pengerusi Umum Parti Bulan Bintang Yusril Ihza Mahendra mengkritik Jokowi kerana berlepas ke Amerika Syarikat untuk melakukan lawatan rasmi ketika keadaan jerebu, khususnya di Sumatera dan Kalimantan semakin teruk.

“Presiden sepatutnya menyelesaikan masalah dalam negeri, khususnya bencana kebakaran hutan, sebelum melawat luar negara,”kata Yusril di Jakarta, semalam.

Jokowi berlepas ke Washington Sabtu lalu dan dijangka berbincang dengan Presiden Barack Obama, hari ini. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 5:06 AM

PESAWAT Beriev BE-200 yang disewa daripada Russia melakukan pengeboman air di Sumatera Selatan, semalam
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/88152#sthash.nt3qOlpx.dpuf

No comments:

Post a Comment