Search This Blog

Monday, October 26, 2015

Dua beranak maut dalam nahas



Norijah (kiri) dan anaknya, Nissamuddin (tengah) maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lagi kereta di Kilometer 7 Jalan Maharajalela di Teluk Intan malam kelmarin.


TELUK INTAN – Dua beranak maut manakala dua lagi ahli keluarga mangsa cedera parah selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lagi kereta dalam satu kemalangan di Kilometer 7 Jalan Maharajalela di sini malam kelmarin.
Insiden yang berlaku kira-kira pukul 10.30 malam itu mengakibatkan pemandu, Nissamuddin Osman, 26, meninggal dunia di tempat kejadian manakala ibunya, Norijah Sitin, 63, yang berada tempat duduk belakang di­sahkan meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.
Ketua Polis Daerah Hilir Pe­rak, Asisten Komisioner Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan itu dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Toyota Vios yang dipandu Tan Wei Soon, 29, dari arah Teluk Intan menghala ke Hutan Melintang gagal mengawal kenderaan dan memasuki laluan bertentangan.
Katanya, keadaan jalan yang berselekoh menyebabkan kereta yang dipandu lelaki berkenaan bertembung dengan kereta Pe­rodua Kancil yang dipandu mangsa.
“Ketika kejadian berlaku, sebuah lagi kereta Proton Wira tidak sempat mengelak dan me­langgar bahagian belakang kereta mangsa.
“Pelanggaran itu menyebabkan kereta berkenaan terbabas ke dalam parit di bahagian kiri jalan,” katanya di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1026&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3pcUFK5kl 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment