Search This Blog

Monday, October 26, 2015

Dua beranak ditemui mati rentung



Anggota bomba mengusung mayat salah seorang daripada mangsa yang ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Batangan, Tuaran awal pagi semalam.


TUARAN – Dua beranak ditemui rentung selepas dipercayai gagal menyelamatkan diri selepas rumah yang mereka diami terbakar di Kampung Batangan di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 1.25 pagi itu, mayat kedua-dua mangsa ditemui oleh sepasukan anggota bomba yang menjalankan pemeriksaan selepas kerja-kerja pemadaman api selesai.
Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Fauziah Bedin, 48, dan anak lelakinya berusia lapan tahun, Habibur Rahman Azhari.
Sembilan penghuni rumah yang lain berjaya menyelamatkan diri termasuk suami mangsa, Azhari Ahmad, 48 yang mengalami kecederaan pada kaki kiri.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Mohamad Asnan Led berkata, kedua-dua mangsa ditemui di bilik tidur dan bahagian hadapan tandas di tingkat bawah rumah berkenaan.
Katanya, pasukan bomba dan penyelamat menerima panggilan pada pukul 1.29 pagi dan sebaik tiba, hampir 80 peratus rumah tersebut telah terbakar.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1026&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3pcTw76if 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment