Search This Blog

Monday, October 26, 2015

‘Dirompak’ beli iPhone


Nilai: Seorang pelajar universiti berusia 22 tahun sanggup membuat laporan palsu kononnya dirompak empat lelaki berkereta di Jalan NSV 1, Bandar Baru Nilai, di sini, kelmarin, selepas ‘terpakai’ wang sewa rumah sebanyak RM4,000 yang dikutip daripada rakan serumahnya untuk membeli telefon bimbit jenis iPhone 6.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Zaldino Zaludin berkata, pelajar itu mendakwa diacukan parang di leher sebelum suspek melarikan wang tunai RM4,000 miliknya.

“Bagaimanapun, siasatan mendapati wang sebanyak RM4,000 itu dikutip daripada rakan serumahnya untuk membayar sewa rumah.

“Namun, lelaki itu menggunakan wang berkenaan untuk membeli telefon bimbit iPhone 6 dan berikutan bimbang perbuatannya diketahui rakan serumahnya, pelajar itu membuat laporan palsu,” katanya.

Katanya lagi, perbuatan itu memakan diri apabila pengalaman anggotanya berjaya menghidu kejadian sebenar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 8:16 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/88210#sthash.arhXvEdr.dpuf

No comments:

Post a Comment