Search This Blog

Monday, October 26, 2015

Dadah bernilai RM19,224 dirampas


WARTAWAN SINAR HARIAN
Dadah bernilai RM19,224 dirampas

26 OKTOBER 2015
Dadah bernilai RM19,224 dirampas Elias (tengah) menunjukkan sebahagian dadah dirampas di Setiu membabitkan dua kes berasingan di IPD Setiu, semalam.

SETIU - Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM19,224 dalam dua kes berasingan pada 14 dan 22 Oktober lalu, termasuk membabitkan rampasan daripada seorang lelaki berusia 30-an yang koma selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Batu 24, Jalan Sungai Tong, di sini.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Elias Abu Bakar berkata, rampasan pertama dilakukan daripada lelaki itu yang terlibat kemalangan selepas kereta dinaikinya dilanggar sebuah motosikal dalam kejadian jam 5 petang, 14 Oktober lalu.

Menurutnya, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Setiu dan ketika mendapatkan rawatan, pegawai perubatan menemui sembilan botol plastik cerah disyaki berisi dadah jenis heroin seberat 44.37 gram bernilai RM3,000, kira-kira jam 9 malam.

“Suspek yang masih koma kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu,” katanya.

Menurut Elias lagi, rampasan kedua dilakukan pada jam 3 pagi Jumaat lalu dalam pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan jenis Honda Vigor di Kampung Sri Aman, Sungai Tong.

“Dua lelaki berusia 20 dan 34 tahun ditahan. Dalam pemeriksaan itu, polis menemui pelbagai jenis dadah bernilai RM16,224 membabitkan 852 pil dipercayai methamphetamine (pil kuda) dan ketulan kristal disyaki syabu dianggarkan seberat 60 gram dalam kenderaan terbabit,” katanya.

No comments:

Post a Comment