Search This Blog

Sunday, October 11, 2015

Culik Budak Lelaki: Dua Suspek Ditahan


Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2015 9:13 AM
Pemandu teksi yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam menyerahkan kanak-kanak lima tahun yang diculik pada pagi Jumaat kepada bapa saudaranya. -foto AZHAR MAHFOF/The Star

KUALA LUMPUR: Dua suspek yang dipercayai terlibat dalam kes penculikan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di Sungai Chua, Kajang, awal pagi Jumaat telah ditahan.
Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata kedua-dua lelaki itu ditahan dalam satu serbuan di Sungai Chua kira-kira pukul 10.25 malam Jumaat.
Beliau tidak mengulas sama ada dua suspek tersebut ditahan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di luar tadika kanak-kanak itu.
"Kami ada dua suspek. Kami sedang melakukan siasatan yang terbaik, itu sahaja yang boleh saya katakan buat masa ini," katanya.
Sumber berkata kedua-dua lelaki yang ditahan itu positif dadah.
Kanak-kanak itu disatukan semula dengan keluarganya kira-kira pukul 5.38 petang selepas hilang selama lapan jam.
Seorang pemandu teksi yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam menghantar kanak-kanak itu ke rumah keluarganya di Taman Cahaya di sini.
"Saya menjumpai dia sedang merayau di jalan raya dan saya mengenalinya dari mesej dalam WhatsApp yang tersebar," kata Nizam.

No comments:

Post a Comment