Search This Blog

Thursday, October 15, 2015

Bujang, janda ditahan bersekedudukan


khalwat
Gambar Hiasan
MELAKA - Seorang lelaki bujang dan pasangan kekasihnya seorang janda diberkas tengah malam tadi di sebuah rumah sewa di Taman Sebang Mutiara, Pulau Sebang, Alor Gajah kerana bersekedudukan.
 
Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka, Rahimin Bani berkata, lelaki itu berusia 30 tahun dan wanita berkenaan berumur 27 tahun yang ditahan hasil maklumat orang ramai.
 
"Lelaki tersebut memberi alasan dia berada di rumah sewa wanita itu kerana mahu menemani wanita tersebut," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment