Search This Blog

Monday, October 26, 2015

Bomba cedera ketika padam kebakaran

Oleh Shamsul Munir Safini

shamsulmunir@hmetro.com.my


Butterworth: Ahli bomba sukarela Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Raja Uda cedera ketika padam kebakaran rumah dua tingkat di Taman Bintang, di sini, awal pagi tadi.


Dalam kejadian 2 pagi itu, mangsa lelaki berusia 30-an cedera di kaki akibat terkena kaca ketika operasi memadamkan kebakaran di situ.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth, Penguasa Bomba Kanan II Mohd Soah Othman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.23 pagi sebelum tiba seminit kemudian.

Katanya, kebakaran membabitkan ruang tamu rumah teres dua tingkat dipercayai berpunca daripada peralatan eletrik.

Menurutnya, hampir 40 peratus kawasan ruang tamu terbakar sebelum pihaknya dengan bantuan PBS berjaya padam kebakaran jam 2.40.

Mohd Soah berkata, anggota PBS yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi mendapatkan rawatan dan dilaporkan stabil.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 11:44 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/88297#sthash.95JecePv.dpuf

No comments:

Post a Comment