Search This Blog

Monday, October 26, 2015

Ahli perniagaan wanita rugi RM126,000 ditipu Love Scam


26/10/2015 3:52pm

GEORGE TOWN - Seorang ahli perniagaan wanita di sini mendakwa ditipu sindiket 'love scam' yang didalangi rakyat asing menyebabkan dia kerugian RM126,000.
Wanita berusia 32 tahun yang telah berkahwin itu mendakwa berkenalan dengan seorang 'lelaki kacak' menerusi laman sosial Facebook yang mengarahkan dia untuk memasukkan wang ke dalam dua akaun bank tempatan untuk membolehkan dia menuntut hadiah pemberian lelaki terbabit.
Pemangku Ketua Wanita Gerakan Pulau Pinang Hartini Tan Abdullah berkata, wanita berkenaan mengenali lelaki terbabit Julai lepas dan mula memasukkan wang selepas mendapat panggilan daripada anggota sindiket berkenaan bagi mendapatkan hadiah yang dihantar kepadanya.
"Seseorang yang mendakwa dari sebuah jabatan kerajaan memberitahu mangsa yang dia perlu membayar sejumlah wang jika hendak mendapatkan bungkusan hadiah mengandungi wang tunai, emas dan minyak wangi itu.
"Mangsa yang mahukan hadiah itu kemudiannya memasukkan RM126,000 menerusi 19 transaksi ke dalam dua akuan milik orang tempatan sebelum menyedari dia ditipu dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada 5 Oktober lepas," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1026&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_16.htm#ixzz3pf2qqIDE 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment