Search This Blog

Monday, October 26, 2015

3 kapal perang tiba di Kalimantan


Jakarta: Tiga kapal perang sudah tiba di Kalimantan dengan membawa keperluan perubatan termasuk kakitangan perubatan, khemah, peralatan memasak dan topeng hidung serta bersedia melakukan pemindahan penduduk jika keadaan memerlukan.

Jurucakap tentera Indonesia, Tatang Sulaiman, berkata pihaknya akan membina tempat perlindungan sementara dilengkapi penulen air jauh dari kawasan jerebu.


“Kapal kami juga bersedia memindahkan penduduk sama ada ke penempatan sementara atau di atas kapal.

“Kanak-kanak dan mereka yang menderita masalah pernafasan diberi keutamaan untuk dipindahkan,” katanya.

Tiga lagi kapal bersiap sedia sama ada ke Kalimantan atau Sumatera Selatan dengan lima lagi boleh digerakkan bila-bila masa.

Kapal berkenaan yang mempunyai 344 katil, boleh membawa sehingga 2,000 orang dan menunggu arahan kerajaan jika peududuk perlu dipindahkan.

Jurucakap agensi bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho, berkata 10 orang mati di Kalimantan dan Sumatera sama ada secara langsung atau tidak langsung akibat kebakaran hutan itu, sebahagiannya ketika memadam kebakaran manakala yang lain akibat masalah pernafasan.

Jumlah itu tidak termasuk tujuh pendaki yang terbunuh dalam kebakaran hutan di Jawa minggu lalu.

Agensi itu menganggarkan 43 juta orang terjejas akibat jerebu dengan setengah juga mengalami penyakit masalah pernafasan dan menurut Nugroho, jumlahnya mungkin lebih besar kerana tidak semua yang terjejas mendapatkan rawatan.

Menurut Kementerian Perhutanan Indonesia menyatakan lebih 1.7 juta hektar hutan terbakar di enam wilayah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 3:56 PM

Jerebu tebal yang menyelubungi Riau, antara kawasan paling teruk terjejas selain Palangkaraya. - Foto liputan6.com
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/88338#sthash.XIrn9Dze.dpuf

No comments:

Post a Comment