Search This Blog

Monday, October 26, 2015

17 maut di karaoke

AP
Manado: Tujuh belas orang terbunuh apabila sebuah bar karaoke yang penuh sesak terbakar di Sulawesi.

Saksi berkata, kebakaran bermula jam 1 pagi (waktu tempatan) di tingkat dua bangunan tiga tingkat itu ketika beratus-ratus pengunjung memenuhi kelab berkenaan di Manado, ibu negeri wilayah Sulawesi Utara.


Keua Polis Manado Kolonel Rio Permana berkata, semua yang terbunuh di kelab Karaoke Inul Vizta itu warga Indonesia.

Pusat karaoke itu milik penyanyi dangdut Inul Daratista yang sebelum ini terkenal dengan gelaran goyang gerudi.

Kebanyakan mangsa mati akibat lemas kerana asap.

Pasukan bomba mengambil masa beberapa jam untuk mengawal kebakaran.

Rio berkata, siasatan awal menunjukkan ia berpunca daripada litar pintas.

Menurutnya, sebahagian pengunjung yang panik bertindak memecahkan tingkap untuk menyelamatkan diri sementara yang lain terperangkap dalam asap tebal kerana hanya ada satu pintu di tingkat dua bangunan itu.

Sebahagian mangsa yang terselamat berkata, bomba datang terlalu lewat untuk memadamkan kebakaran.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 5:09 AM

ORANG ramai menanti untuk menuntut mayat anggota keluarga yang terbunuh di hospital Manado, Sulawesi Utara, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/88158#sthash.hA3p59E1.dpuf

No comments:

Post a Comment