Search This Blog

Monday, October 26, 2015

11 kenderaan hilang ditemui semula


26/10/2015 3:05pm

BESUT - Empat buah kereta yang dilaporkan hilang di Lembah Klang dan tujuh buah motosikal yang dicuri sekitar Jerteh tahun ini ditemui semula bulan ini.
Ketua Polis Daerah Besut, Supritenden Khaled Che Lah berkata, kesemua kereta berkenaan ditemui ekoran tangkapan seorang suspek yang merupakan penagih dadah berusia 30 tahun pada 19 Oktober lepas.
"Dua buah Perodua Kelisa, sebuah Perodua Viva dan sebuah Proton Wira itu ditemui di sebuah kawasan semak belakang Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Besut sehari selepas penangkapan suspek," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata, berikutan penahanan enam penagih berumur antara 18 hingga 30 tahun di sebuah kampung dekat Jerteh telah membawa kepada penemuan kesemua motosikal berkenaan yang dilaporkan hilang awal bulan lalu.
"Empat darinya hanya tinggal rangka yang dijumpai dalam sebuah tali air dekat Kampung Air Terjun oleh pasukan penyelam polis manakala tiga lagi dirampas daripada individu yang membelinya," katanya. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1026&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_13.htm#ixzz3pf3bDJwQ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment