Search This Blog

Sunday, September 6, 2015

Wanita maut, rakan sekerja parah


Kemalangan

6 SEPTEMBER 2015
Kemalangan

YAN - Seorang wanita maut manakala rakan sekerjanya  cedera parah selepas kereta mereka terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar bahagian tayar belakang sebuah lori di Jalan Alor Setar-Sungai Petani dekat sini kira-kira 4.10 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superitendan Muhamad Halim Yatim berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Norsaidatul Amalina Mat Sapar yang tersepit di kerusi penumpang hadapan dan meninggal di tempat kejadian.

"Rakan sekerjanya Yusmadi Yusup, 38, yang memandu kereta itu cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment