Search This Blog

Sunday, September 6, 2015

Wanita larikan kereta peronda, suami bergari di belakang


Big Lake (Alaska): Seorang wanita mencuri sebuah kereta polis sementara suaminya berada di tempat duduk belakang dengan tangan bergari.

Amber Watford, 28, didakwa memasuki kereta peronda berkenaan dan memecut ketika polis sibuk menyoal seorang pemandu lain.

Pihak berkuasa di Alaska menemui kereta berkenaan tidak jauh dari tempat ia di curi di Big Lake, sebuah perkampungan kecil tepi tasik dengan penduduk kira-kira 3,500 orang, 104 kilometer ke barat laut Anchorage.

Amber dan suaminya Joshua Watford, 38, ditangkap keesokannya di sebuah rumah di Wasilla, 72 kilometer ke utara Anchorage.



Watford mulanya ditahan di Big Lake Rabu lalu kerana gagal hadir di mahkamah atas satu tuduhan berkait dengan kes memandu dalam keadaan mabuk.

Ketika polis sibuk menyoal pemandu lain, Amber memasuki kereta peronda itu dan memecut dari tempat kejadian. Polis melancarkan gerakan memburu selama 30 jam sebelum menemui mereka.

Amber kini berdepan dengan pelbagai tuduhan, termasuk mencuri dan mengganggu tugas polis. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2015 @ 5:04 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75547#sthash.Fahr1DPd.dpuf

No comments:

Post a Comment