Search This Blog

Sunday, September 6, 2015

Tujuh wanita Vietnam ditahan

Johor Bahru: Tujuh wanita warga Vietnam dan seorang lelaki warga Indonesia ditahan oleh penguat kuasa Jabatan Imigresen dalam satu serbuan di kelab malam di Pontian kira-kira 11.50 malam tadi.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen negeri, Masri Adul berkata, semua wanita terbabit dipercayai menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) manakala lelaki terbabit dipercayai pelanggan di premis berkenaan.
Beliau berkata, semua yang ditahan berusia 28 hingga 38 tahun dan dibawa ke Pejabat Imigresen di Taman Setia Tropika di sini untuk tindakan lanjut.
"Wanita yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11 (7) (a) Peraturan Imigresen 1963 kerana salah guna pas lawatan sosial, manakala lelaki terbabit yang datang berhibur ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1963.
"Ketika serbuan, kebanyakan pelayan terbabit tidak menyederi kehadiran anggota dan pegawai penguatkuasa Jabatan Imigresen kerana asyik melayan pelanggan yang minum arak," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2015 @ 3:31 PM


Wanita Vietnam yang ditahan. FOTO ihsan Jabatan Imigresen
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75435#sthash.hs4NXakJ.dpuf

No comments:

Post a Comment