Search This Blog

Sunday, September 6, 2015

Tujuh dulang emas lesap

Changlun: Seorang pemilik kedai emas kerugian kira-kira RM150,000 apabila dua lelaki bertopeng yang bersenjatakan tukul besi dan senapang angin melarikan tujuh dulang emas dalam kejadian samun di premis terbabit di Pekan Changlun Baru, Jalan Kodiang, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari, kedua-dua suspek berusia antara 30-an hingga 40-an dikatakan turut melepaskan satu das tembakan amaran ke udara.
Difahamkan, suspek dipercayai ke premis itu menaiki sebuah kereta Proton Wira putih dan memandu secara melawan arus sebelum masuk ke kedai emas berkenaan sebaik pelanggan keluar.
Pemilik kedai yang mahu dikenali sebagai Tan, 60, berkata, ketika kejadian dia berada di belakang premis, manakala seorang anak lelaki berusia 31 tahun bersama seorang anak perempuan berusia 28 tahun melayan pelanggan di kaunter depan.
Bagaimanapun, katanya, dia bergegas berlari ke kaunter depan sebaik terdengar bunyi cermin pecah diselangi bunyi ketukan kuat, manakala kedua-dua anaknya dilihat melarikan diri ke belakang untuk menyelamatkan diri.
“Anak lelaki saya bertindak menekan butang penggera sebaik melihat seorang daripada suspek membawa senapang menyebabkan lelaki terbabit melepaskan satu das tembakan ke udara, manakala rakannya memecahkan cermin kaunter menggunakan tukul besi sebelum memasukkan emas ke dalam beg pakaian hitam,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2015 @ 5:08 AM


ANGGOTA polis melihat tukul besi yang digunakan dalam rompakan di kedai emas di Pekan Changlun Baru.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75566#sthash.ZFEYAeXW.dpuf

No comments:

Post a Comment