Search This Blog

Wednesday, September 23, 2015

Tiga warga asing diculik di selatan Filipina



AP - KIRI, gambar tiga warga asing yang diculik di Resort Holiday Oceon View (kanan) di Pulau Samal, Filipina kelmarin.


MANILA – Dua pelancong Kanada, seorang pengurus resort dari Norway dan seorang wanita Filipina diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali di sebuah pulau pelancongan di selatan Filipina, kata pihak tentera semalam.
Kapten tentera Filipina, Alberto Caber berkata, keempat-empat mangsa diculik dalam satu serangan lewat malam kelmarin di Resort Holiday Oceon View di Pulau Samal berhampiran Davao, bandar terbesar di pulau Mindanao, dalam wilayah bergolak di selatan Filipina.
“Empat individu telah diculik tetapi kami tidak tahu kumpulan mana yang melakukannya. Warga asing terbabit dilihat sebagai sasaran kumpulan itu, mereka bukan diculik secara rambang,” kata Caber kepada pemberita.
Tambahnya, terdapat kira-kira 30 pelancong asing di resort ber­kenaan ketika serangan itu berlaku.
Menurut Caber, warga asing yang diculik dikenal pasti sebagai John Ridsdel dan Robert Hall dari Kanada serta pengurus resort warga Norway, Kjartan Sekkingstad, manakala wanita Filipina terbabit belum disahkan identitinya.
Sumber tentera Filipina mendedahkan kumpulan lelaki bersenjata itu bertutur dalam bahasa Inggeris dan juga Tagalog yang digunakan secara meluas di negara ini. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0923&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3mVYTvcNR 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment