ANGGOTA polis melakukan siasatan di sebuah kedai emas yang dirompak dua penjenayah dalam kejadian di Pekan Baru Changlun, Kedah semalam.
CHANGLUN – Dua penjenayah bersenjatakan jenis ‘pump gun’ mengambil masa kurang tiga minit untuk memecahkan kaunter pameran sebelum melarikan tujuh dulang barang kemas bernilai lebih RM150,000 dalam rompakan di Pekan Baru Changlun di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, dua lelaki memakai topeng ski meletakkan kereta jenis Proton Wira berwarna putih di hadapan kedai emas tersebut sebelum meluru masuk ke dalam premis berkenaan.
Ketika kejadian, tiada pelanggan di dalam premis dan hanya dua anak kepada pemilik kedai emas masing-masing berusia 28 dan 31 tahun berada di kaunter pameran barangan kemas.
Menurut pemilik kedai emas yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 60, ketika kejadian dia berada di bahagian belakang premis sebelum mendengar bunyi kaca pecah dan ada suara lelaki memberi amaran.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0906&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3kuDPGVXk
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment