Search This Blog

Monday, September 21, 2015

Tidak sokong PM: MCA didesak nyata pendirian


NORSHIKIN MOHD SALLEH
21 SEPTEMBER 2015Jamawi Jaafar
Jamawi Jaafar
JOHOR BAHRU - Kepimpinan MCA didesak menyatakan pendirian susulan tindakan Pemuda MCA Pasir Gudang yang memutuskan untuk tidak menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia, Jamawi  Jaafar berkata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai perlu mengeluarkan kenyataan rasmi samaada menyokong atau tidak pendirian perkara tersebut.

"Sekiranya tidak menyokong tindakan disiplin yang keras harus di kenakan kepada Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang, Chia Chow Hui.

"Sekiranya menyokong, jelaslah MCA bukan rakan kongsi yang boleh dipercayai dalam BN," katanya dalam satu kenyataan.

Jamawi berkata tindakan Pemuda MCA Pasir Gudang itu disifatkan sebagai tindakan kebudak budakan yang hanya untuk menangguk di air keruh kononnya himpunan rakyat bersatu pada 16 September lalu adalah rasis.

"Tindakan sedemikian tidak menggambarkan langsung semangat setiakawan dalam BN yang mana ketika himpunan Bersih ahli pemuda MCA di beri kebebasan untuk menghadirinya sekaligus mencerminkan sikap double standard  arah perjuangan Pemuda MCA dengan lebih jelas.

"Jika beliau tidak mampu untuk membantu parti, cukup sekadar tutup mulut dan jangan pula menunjukkan perangai sebenar tidak mengenang budi seperti kisah sang kancil dan buaya yang sanggup menggigit orang yang membantu semata-mata kerana pentingkan diri," katanya.

Saranannya, adalah lebih baik  baiknya Chow Hui segera membantu perkukuhkan kembali Pemuda MCA serta menambahkan daftar undi terutamanya golongan muda cina yang seperti kita maklum semakin kurang menyokong BN.

No comments:

Post a Comment