Search This Blog

Monday, September 28, 2015

Tetak kepala penyelia

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

mhafis@hmetro.com.my
Alor Setar: Hanya kerana menegur sikap pekerjanya yang ponteng mengundang padah apabila seorang penyelia kilang ditetak dengan parang di kepala di sebuah kilang di Gurun, dekat sini, Khamis lalu.


Dalam kejadian kejadian jam 8.30 malam itu, lelaki berusia 53 tahun berkenaan yang menyedari ketiadaan suspek berusia 35 tahun menghubunginya, namun dia memberi pelbagai alasan.

Menurut sumber, suspek memberitahu ingin berjumpa mangsa dan meminta lelaki itu menunggu di hadapan pintu pagar kilang.

“Bagaimanapun sebaik suspek tiba, dia terus menyerang mangsa dengan parang dan menetak di kepala selain memukul selama beberapa minit sebelum melarikan diri.

“Tidak cukup dengan itu, seorang ahli keluarga suspek turut datang dan menampar mangsa beberapa kali sebelum beredar,” katanya.

Sumber berkata, akibat kejadian itu mangsa cedera di kepala dan badan sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, dan menerima beberapa jahitan.

Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa mengesahkan menerima laporan itu dan suspek kini diburu bagi membantu siasatan.

Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan akibat salah faham berkaitan kerja sehingga suspek menetak mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2015 @ 5:09 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80615#sthash.ZLo4fB1c.dpuf

No comments:

Post a Comment