Search This Blog

Thursday, September 24, 2015

Tayar kereta pecah, suami isteri maut, tiga anak parah

SEPASANG suami isteri maut, manakala tiga anaknya cedera selepas kereta dinaiki hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 40.6 Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), pagi tadi. - Foto ihsan bomba
RABU, 23 SEPTEMBER 2015 @ 7:12 PM

 PUTRAJAYA: Sepasang suami isteri maut, manakala tiga anaknya cedera selepas kereta dinaiki hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 40.6 Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Nordin Mohd Tahir, 47 dan isterinya, Hasnah Ishak, 47.
Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati, tayar belakang kereta mangsa tiba-tiba pecah menyebabkan mangsa gagal mengawal kenderaan dan merempuh pembahagi jalan.
Beliau berkata, dua mangsa maut serta-merta di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan anggota badan.
Katanya, tiga yang lain cedera parah dan seorang lagi mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan.
"Mangsa yang maut dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat. Tiga mangsa yang cedera turut dibawa ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
"Siasatan mendapati, keadaan jalan kering dan cuaca baik ketika kemalangan berlaku," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

No comments:

Post a Comment