Search This Blog

Monday, September 28, 2015

Tak balik beli aiskrim

 Oleh Aminuddin Ismail

am@hmetro.com.my


Permaisuri: Seorang ibu tidak menyangka kesungguhan anaknya untuk memakai kain tudung warna putih pada pagi Aidiladha, Khamis lalu membawa petanda remaja itu akan pergi buat selama-lamanya.


Sulida Tadzam, 16, dan adiknya, Mohd Firdaus, 12, maut selepas motosikal mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kejadian di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di Guntung, di sini, kelmarin.

Ibu mangsa, Zurina Abdul Rahman, 50, berkata, pada pagi Aidiladha, anaknya mengenakan pakaian baju warna hitam, tetapi tetap mahu mencari kain tudung putih kerana berpendapat kombinasi kedua warna itu amat serasi.

“Arwah memang banyak tudung, tetapi dia tetap mahukan tudung warna putih kerana dakwanya ia sesuai dengan warna pakaiannya. Lama juga arwah mencari tudung itu sebelum menjumpai dan terus memakainya.

“Arwah kelihatan begitu ceria pada pagi Aidiladha itu, malah tiada apa yang pelik ditunjukkan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

KEADAAN motosikal mangsa yang terbabit kemalangan.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2015 @ 5:10 AM
KEADAAN MPV yang terbabit kemalangan.



- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80623#sthash.eFVprKdd.dpuf

No comments:

Post a Comment