Search This Blog

Thursday, September 24, 2015

Suspek pecah rumah ditahan

 Oleh Amrullah Abdul Karim

am@hmetro.com.my


Kuala Kubu Bharu: Tiga lelaki suspek kes pecah rumah diberkas anggota polis ketika cuba melarikan diri di simpang tiga Hulu Yam Bharu-Batang Kali dekat sini petang semalam.


Tangkapan dibuat susulan maklumat daripada orang awam yang melihat dua suspek memecah masuk rumah di Jalan Meranti 5, Bandar Utama Batang Kali pada 4.50 petang.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden R Supramaniam berkata, bertindak atas maklumat itu anggota MPV dikerah ke lokasi kejadian.

"Anggota MPV bertembung dengan kereta dinaiki suspek dan mengejar kereta itu.

"Kereta suspek terbabas dan melanggar kereta lain serta berjaya diberkas," katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati dua suspek terbabit mempunyai rekod jenayah lampau dan penagih dadah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 September 2015 @ 7:52 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/79690#sthash.m1LKPim9.dpuf

No comments:

Post a Comment