Search This Blog

Wednesday, September 23, 2015

Sindiket palsu pasport tumpas



Izany (empat dari kiri) menunjukkan antara pasport palsu yang dirampas polis pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan pasport, pas khas Jabatan Imigresen dan kad personel Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) selepas menahan tujuh lelaki warga Bangladesh dalam dua serbuan berasingan di Putrajaya Jumaat lalu.
Sindiket yang dipercayai didalangi oleh warga asing itu telah beroperasi sejak dua tahun lalu dengan menjadikan pangsapuri yang didiami mereka sebagai pusat pemalsuan dokumen perjalanan dan kad CIDB.
Kad CIDB bertujuan memastikan pekerja di sektor pembinaan termasuk warga asing mempunyai pen­getahuan am mengenai ke­selamatan serta kesihatan di tempat kerja sekali gus mampu mengurangkan kadar kemalangan dalam sektor itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani berkata, kegiatan haram itu dapat dihidu oleh pihaknya hasil risikan selama dua bulan dengan kerjasama Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.
Menurutnya, susulan serbuan tersebut, pihak polis berjaya menahan tujuh warga Bangladesh berusia lingkungan 25 hingga 31 tahun yang bekerja sebagai buruh binaan, pekerja restoran dan pembersihan dengan nilai rampasan dianggarkan bernilai kira-kira RM1.39 juta.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0923&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3mVZFSTFz 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment